juz wanna share smtg dat attracted my eyes:
1)
“Penyakit cinta yang amat menyakitkan adalah, mencintai orang yang mencintai orang lain.”
Tip : Ingin saya sarankan untuk berkali-kalinya, apabila anda dapat tahu yang si dia sudah berpunya atau sudah pun bertunang, berkahwin, ANDA TIDAK PERLU BERSEDIH! Inilah masa paling best! Cepat-cepatlah melupakan dirinya dan terus saja memulakan lembaran baru dalam hidup anda. Kenal seramai-ramai teman baru, bina perhubungan baru, percintaan baru dengan orang baru!!...anda sudah tidak perlu lagi nak susah-susah takut ada orang yang nak jealous nanti.
2)
“Cara bercinta paling selamat ialah bukan dengan mengawal cinta itu dari hilang tetapi bersedia untuk kehilangannya.”
Tip : Beranikan diri anda, tabahkan hati dan bersedia menghadapi apa jua takdir yang bakal diterima kerana sesungguhnya, segala-galanya adalah dari kehendak Tuhan. Semuanya adalah ketentuan dari Ilahi.
Semua orang pasti gagal, pasti menempuh saat-saat luka, kecewa dan berduka. Yang penting, anda boleh bangkit cepat dari segala-gala kedukaan dan kegagalan itu. Lantas tersenyum untuk menghadapi satu pertembungan yang baru, risiko baru...pengalaman baru!
3)
“Lebih baik pernah dicintai dan kehilangan cinta itu daripada tidak pernah dicintai langsung.”
Tip : Sewaktu anda di dalam kekecewaan, cuba anda bersyukur banyak-banyak dengan nasib yang menimpa anda itu. Kerana, nasib anda tidaklah seburuk nasib mereka yang langsung tidak pernah bercinta dan tidak pernah dicintai...aduuuu...frust tau mereka ni...
Pernah juga bro duduk berbual-bual dengan mereka yang begitu susah untuk mempunyai kekasih, jauh sekali untuk bercinta dan jatuh cinta. Kesian.... di dalam diri mereka penuh dengan ketakutan dan keresahan akan perkara yang tak ujud! Risau pada perkara yang langsung tidak ada kena mengena... seumpama orang yang tak pernah keluar dari rumah berpuluh-puluh tahun!
Jadi, sekiranya kita terkecewa, dicurangi, terhina dari perhubungan lalu, relax je lah...ada orang yang lebih teruk dari kita yang langsung tidak pernah merasa bagaimana rasa cinta dan dicintai.
4)
“Cinta yang benar-benar cinta, hanya akan lahir setelah segala kecantikan hilang dan musnah. Jika masih cinta, itulah cinta yang sebenar-benarnya. Jika tidak...”
Tip : Dalam mencari dan mengenali cinta, apa yang anda harus buat ialah mengenali si dia di dalam waktunya yang paling bersahaja. Kalau wanita, biarlah waktu yang tanpa make-up atau tanpa bedak. Kalau lelaki biarlah waktu bangun tidur atau selepas bersukan. kemudian tanya diri anda sendiri, "Nak lagi ke? Suka lagi ke?"
Jika waktu paling buruk, paling busuk, paling kotor anda boleh terima. Maka, di waktu mana, berubah macamana sekalipun rupa dan fizikal, anda tetap cinta. Yang penting...dia pun samalah juga boleh terima. Nanti dia berubah hati, anda tak tahu pun. Berbincang sedari awal beb!
5)
“Jangan berkahwin dengan orang yang anda boleh hidup bersamanya, kahwinlah dengan orang yang anda tidak boleh hidup tanpanya.”
Tip : Cuba anda jarak-jarakkan pertemuan anda dengan yang tersayang. Sentiasa adakan masa-masa untuk diluangkan bersama kawan atau keluarga yang agak-agak berjauhan dari bersama dengan si dia selalu. Saat inilah anda akan tahu, adakah anda atau si dia boleh menahan rindu atau tidak. Jika perasaan masing-masing macam biasa saja...cari orang lain je lah! TETAPI jika tak boleh duduk diam dan asyik terasa nak call saja...hmm, dia lah tu!
No comments:
Post a Comment